Sunday, 22 March 2015

PENGHARGAAN

Assalamualaikum…

            
       
      Alhamdullilah, segala puji-pujian bagi ALLAH tuhan sekalian alam. Syukur ke atasNYA dengan limpahan kurnia rahmat serta nikmat masa,nyawa dan tenaga dapatlah kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Asas utama blog ini dibina adalah sebagai penilaian markah kerja kursus untuk subjek Pengajian Am. Untuk makluman semua, kisah yang dipaparkan di dalam blog ini adalah berdasarkan fakta-fakta sejarah yang dipetik dari sumber-sumber seperti Wikipedia dan juga buku-buku rujukan sejarah.
           
   Perhargaan dan jutaan terima kasih kami rakamkan khusus buat pensyarah subjek Pengajiaan Am Politeknik Shah Alam kami yang telah banyak mencurahkan ilmu dan juga tunjuk ajar tanpa rasa jemu iaitu Ust. Wan Norizan Bin Wan Muhammad. Berkat tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau, maka dapatlah kami sempurnakan tugasan ini dengan suksesnya.

     Tidak lupa juga, ucapan terima kasih buat semua admin blog dan juga rakan-rakan sekelas yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang telah bersengkang mata serta bertungkus lumus memberi teguran dan buah fikiran yang bernas demi menyiapkan blog ini.

                 Akhir kalam, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf andaikata terdapat salah dan silap yang telah kami  lakukan selama ini. Yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri.

Sekian Wassalam…

No comments:

Post a Comment