Friday 3 April 2015

ASBAB PENENTANGAN MAT KILAU

                                                                         


                                                                      Pendahuluan



  •          Pertapakan dan perluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu tidak disenangi oleh masyarakat Melayu terutamanya di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak.
  •           Perasaan tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran British dalam bidang politik, ekonomi dan sosial telah mewujudkan penentangan daripada masyarakat tempatan.
  •          Terdapat beberapa faktor yang menimbulkan penentangan daripada masyarakat di Pahang.
                                                                       




                                                                    Isi-isi penting


  • Pada bulan Oktober 1888, J.P Rodger dilantik sebagai residen British yang pertama di Pahang.
  •    Beliau dibantu oleh Hugh Clifford sebagai penolong residen. Apabila J.P Rodger dilantik sebagai residen Pahang pada waktu itu, beliau mengambil langkah terburu-buru untuk memperkenalkan pelbagai pembaharuan di Pahang.
  •    Peraturan baharu yang diperkenalkan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Pahang pada masa itu.
  •    Ini telah menyebabkan mereka bangkit menentang terhadap pengenalan sistem residen yang dipimpin oleh Datuk Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau.
  •    Melalui sistem residen, pihak British telah menguasai ekonomi Pahang terutamanya perlombongan.
  •    Residen sepatutnya berusaha dan mengambil langkah-langkah melindungi kepentingan orang-orang tempatan, terutamanya pembesar Melayu akibat adanya pembangunan ekonomi.
  •    Tetapi perkara ini tidak mendapat perhatian malah telah mengancam kepentingan orang-orang tempatan.
  •    Dengan pengenalan sistem residen ini juga telah menyebabkan sultan Pahang kehilangan pengaruh dan kuasa dalam pemerintahan.
  •    Penubuhan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri oleh J.P Rodger telah menyebabkan sultan kehilangan banyak kuasa.
  •    Sultan hanya mempunyai kuasa pada “nama” sahaja dalam Majlis Mesyuarat Negeri di mana segala keputusan penting dibuat oleh residen British.
  •    Contohnya, keputusan tentang bayaran ganti rugi kepada pembesar-pembesar kerana kehilangan hak memungut cukai juga dibuat oleh residen.
  •    J.P Rodger telah memperkenalkan beberapa perubahan di Pahang melalui undang-undang yang diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889.
  •    Undang-undang itu adalah berkait dengan tanah, sistem kerah dan penghapusan sistem perhambaan. Undang-undang ini bercanggah dengan sistem tradisional Pahang yang melarang pembesar-pembesar mengutip cukai, menyimpan hamba abdi, mengamalkan sistem kerah, dan menghakimkan kes-kes jenayah dan sivil dalam kawasan masing-masing.
  •    Rakyat juga melahirkan perasaan tidak puas hati dengan kemasukan pelombong-pelombong Eropah dan Cina yang bersifat sombong dan bongkak serta tidak menghormati adat istiadat orang Melayu.
  •     Contohnya, rakyat tidak dibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional mereka.
  •     Pembesar-pembesar telah kehilangan hak mereka sebagai pemungut cukai dan pentadbir keadilan.
  •     Ini menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan dan jawatan yang dinikmati secara turun-temurun.
  •     Daerah-daerah diwujudkan dan diletakkan di bawah pegawai-pegawai Inggeris yang dipanggil pemungut cukai dan majistret.


Kesimpulan
  •     Dasar British dilaksanakan dalam negeri Pahang telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat daerah masing-masing.
  •     Malahan, peperangan turut berlaku antara pihak British dengan masyarakat tempatan untuk menolak sistem residen yang akan mengancam kedudukan dan kepentingan orang Melayu.  

No comments:

Post a Comment